Friday, October 14, 2011
Sunday, July 31, 2011
ataupun kau tahu..
tapi kau buat tak tahu..
tapi yang pasti,
aku nak sgt kau tahu..
ape yang aku tahu..
yang semua org dah tahu..
yang hati aku bagi tahu..
yang dulunya aku sendiri pon tak tahu..
aku masih ayoun yang tak tahu menahu ape yang kau mahu..
dan aku masih ayoun yang kau tahu dulu..
Wednesday, July 13, 2011
agak bz dengan band,akustik lagi,kerja lagi.. haihhh
tapi kan,akustik minggu nie aku excited semacam..
sebab dia cakap nak datang.. HEHE
well,setiap minggu kot aku tunggu dia dtg..
tapi hampa..
kalau betol la dia datang,
harap2 lah aku tak gugup atas stage nanti.. -___-''
cuak gak nie..
mane tau suara tak keluar keee kan..
segan doeee.. ayoooyoo
tapi xpe, amer bole cover.. hehe!!
kepada yang tak tau or tak nak ambik tau..
ni aku nak jgak bg tau..
pada setiap hari khamis dan jumaat.. start dari 8.30 pm sampai 10.30pm
aku (POTRETBAND) dan alip n amir (BAYANG-BAYANG) akan bermain akustik
di Restoran Ayam Penyet kat Metropoint kajang.. setiap minggu weh..
potretband dan bayang-bayang bergabong,
dan terciptalah THREE A'S..
wokey..thats all..take care peeps!
ROCK ON!!!
Sunday, June 19, 2011
syukurrr..agak cuak jugak la,tp lama2 da ok..alhamdulillah..:) first song aku main,lagu dari hujan-kotak hati..start pukul 10 mlm sampai la 12..enjoy jugak la..mkn free semua.. n alhamdulillah,aku dapat projek akustik situ..setiap jumaat dan sabtu,9pm sampai 12am.. dekat metropoint kajang,restoran ayam penyet..woahh! sedap ohh makanan dia!(promo sikit) video malam tu ade..tp file dia besar sgt..aku letak link la..kalu ade tu korang tengok la..tak pon,dtg la tgk live..HEHE
ayoun adha - Gerhana
Friday, June 17, 2011
masih dalam progress lagi..tinggal vokal n lead guitar je..agak cuak jugak la nak masuk vokal ni..
suara aku makin rosak kot..da tak jambu macam dulu..hehehe band aku menggunakan kaedah drum manual..tak guna programming pon..agak ok la utk pertama kali..tp masih terlaluu byk lg kena belajar..ahhh!! aku bkn nak glamer pon, aku nak buat benda yang aku minat je..tp aku tau, ilmu tu mesti kena ade..yang penting sekarang..aku masih berdiri n berjalan teruskan hidup.. mmg banyak sgt benda yang aku sesalkan dalam hidup ni,tp jgn pernah pandang belakang balik la kan.. and yeah,i'm still in progress..
Sunday, June 5, 2011
Tuesday, May 24, 2011
I knew it then, but you couldn't see it,
And now you've come around.
I walk away, you stay behind,
But I've got the memories to remind me,
Of how you used to...
Hold me so tight, be by my side,
And make it alright...
Love gives, and love takes,
Yeah it'll keep you up in the middle of night
And catch you when you're falling
Love is, what love makes,
If you let it go it'll always come back,
When it hears you calling,
LOVE LIVES...
I know you're there, you always were,
There'll be an end to all this hurting,
But how many tears will fall?
Before you're back into my arms
So I can tell you I've been dying
Without you...
Too many nights, are passing us by,
But we'll make it by, yeah..
Love gives, and love takes,
Yeah it'll keep you up in the middle of night
And catch you when you're falling
Love is, what love makes,
If you let it go it'll always come back,
When it hears you calling.
Love lifts you up and lets you fly
And makes you think you'll never die,
And it's just like livin' in heaven
And you'll never ever wanna come down...
'Cause love is, what love makes,
And true love, never breaks.
'Cause Love gives, and love takes,
It'll keep you up in the middle of night,
And catch you when you're falling
Love is, what love makes,
If you let it go it'll always come back,
When it hears you...
Love gives, and love takes,
Yeah it'll keep you up in the middle of night.
And catch you when you're falling
Love is, what love makes,
Yeah if you let it go it'll always come back,
When it hears you calling,
LOVE LIVES...
-steven tyler-
u right dude..fuck you..
Monday, May 9, 2011
di jerit tak keluar,
seperti kalut,
menjadi kabut dengan smua rasa..
apa gerangan yang terjadi?
apa gerangan yang menanti?
yang diluah itu jujurkah?
yang dirasa ini betulkah?
cerita ini susah..
olahannya berbaur gundah..
nak di kata indah,
pahit yang dirasa..
nak dikata buruk,
manis yang dirasa..
cerita ini begitu susah..
olahannya segundah gundah..
dibiarkan saja..
menjadi birat birat kenangan..
yang bakal dijadi peganti mimpiku nanti..
Monday, May 2, 2011
cuba kau mendalami sekeliling..
apa yang kau nampak??
adakah sama dengan yang kau rasa?..
cuba kau tenung sedalamnya,
tenung sesuatu yang sungguh bermakna bagi kau..
apa yang kau lihat,sama dengan yang kau rasa??
cuba kau berdiri di depan si jahil itu..
tatap sedalamnya..
apa yang kau nampak?
samakah dengan apa yang kau rasa?
dan cuba kau ke cermin..
pergi sedekat yang kau mampu..
renung sedalamnya..
yang kau lihat sekarang,
sama kah seperti yang dia rasa?..
Tuesday, April 19, 2011
"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebatdia adalah seorang sahabat yang sanggup menderhaka kepada raja kerana menuntut bela kematian sahabatnya..seseorang yang melantangkan suara menegakkan keadilan..yang mengamuk di istana mencari jawapan kematian tuah..jebat dituduh penderhaka, tetapi tidak bagi aku..bagi aku dialah sahabat sejati..hidup jebat!!
'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' Hang Jebat
Monday, April 18, 2011
Saturday, April 16, 2011
seperti biasa,
dia termenung..
entah apa yang difikirkan,
dia menangis sendirian..
pilu sekali suaranya..
dia menadah tangannya,
berdoa dengan bersungguh..
sekilas pandang,
dia seperti wanita tua biasa..
yang hanya menunggu hari mati..
hanya mahu termenung mengenang cerita silam..
namun cerita silamnya bukan biasa,
cerita silamnya berdarah,
cerita yang dibawa mati,
cerita yang mengukir setiap parut di hati..
wanita itu dulu pejuang bangsa..
wanita itu dulu yang memegang senjata..
yang berlumuran darah,
demi tanah tercinta..
wanita itu dulu pejuang bangsa..
wanita itu dulu yang bekorban nyawa..
wanita itu dulu bukan wanita biasa..
wanita itu dulu peragut nyawa..
wanita itu dulu bukan biasa..
wanita itu lah yang menjadikan kita bangsa merdeka..
hari hari seperti berlalu pergi..
memadamkan cerita dan jasa yang terbakti..
tanah yang dijuangkan dulu semakin hilang,
oleh angkuh takbur anak bangsa kini..
bangsa yang dahulunya dijuang,
bangsa yang dahulunya dijulang,
kini semakin pupus ertinya..
yang tinggal hanyalah nama..
tiada lagi semangat yang jati..
"takkan melayu hilang didunia"
hanya tinggal janji..
dan seperti biasa,
wanita tua itu terusan termenung.....
Friday, April 15, 2011
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki utk berjalan, dua tangan utk memegang, dua telinga utk mendengar dan dua mata utk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping je hati kat kita? cuba korang fikir.. Sebab Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.. Cinta tu perasaan yg mesti ada pada setiap diri manusia, ia seperti setitis embun yg turun dari langit,bersih dan suci. cuma yg berlainan menerimanya adalah tanah dekat mana tempat dia jatuh.. Jika jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah embun kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tak best. Tetapi jika jatuh dekat tanah yang subur,di sana akan tumbuhlah kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti dan semua perkara yang terpuji..bagi aku, cinta tak mengajar kita menjadi lemah,ia mengajar kita membangkitkan kekuatan.. Cinta juga tak mengajar kita menghinakan diri, ttp ia mengajar kita menghembuskan kegagahan.. Cinta nie jugak bukan sesuatu yg melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..itulah cinta bagi aku.. tapi,kenapa sekarang ramai yang salah mentafsirkan cinta ni eh? asal cinta je bagi dara.. apasal??? yg tu aku tak paham2 lagi.. HAHAHAHA tapi,ada satu quotes nie,aku setuju sangat.. dan aku harap,semua boleh ambik teladan kat quotes nie.. :)
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Thursday, April 14, 2011
ia tidak berbentuk..
membawa berjuta cerita..
dan diolahkan melaluinya..
muzik selalu menyentakku..
membuatku terfikir..
apa,bila dan mengapa..
bersuara lantas menyentuh jiwa...
muzik seringkali menolongku..
meluahkan perasaan..
menyampaikan keinginan..
ahh...!!!
kadangkala aku terfikir..
adakah aku penakut?..
selalu berselindung disebalik semua ini..
kenapa aku tidak lontarkan sahaja??..!!
hah..!!
itu bukan aku..
selagi masih ketat belikatku..
selagi biru mataku..
selagi awan berarak di atasku..
karyaku tidak akan berhenti..
kerna aku baTu..
muzik temanku..
dan ini adalah JALANKU..
biarlah mereka ketawa..
aku tidak hipokrit..
menempuh hidupku..
biar mereka tahu,
blues jiwaku rapsody's dan birues..
Wednesday, April 13, 2011
awan berarak..
mengikuti rentak,
langkah ku yang tersentak..
melihat bidadari turun ke bumi,
membawaku,
mengapaiku..
pandangan mu yang berbisa,
jelingan mu yang menggoda,
presepsimu yang berbeza,
zahirnya kamu wanita..
menjulang kehendakmu..
mengobar,hati insanimu..
jangan-jangan kau mengajarnya,
soal dan erti dunia,
wanita oh wanita,
penuhlah dengan bijaksana,
jangan-jangan kau mengajarnya,
istilah dan erti cinta,
wanita oh wanita,
penuhkah dgn bijaksana?..
by - POTRETBAND
senang citer,lagu nie pasal golongan pondan..
aku ambil masa 2bulan jugak nak memahami n study apa dalam fikiran dorang nie..
dan sampai lah sekarang,aku still tak dapat nak faham apa yang diorang rasa..
lirik nie aku buat atas apa yang aku faham je..
nantilah,kalau ada rezeki,
aku perdengarkan lagu nie..
any info search kat facebook,POTRETBAND.. :)
tersentak melihat kekosongan..
masih segar lagi diingatan,
jeritannya,kesakitannya..
langit menjadi gelap gelita..
hanya dapat mendengar suara..
laut terusan membisu..
kini tinggal..
satu rasamu..
masih adakah,indah untuknya?
terusan menangis meratapi,
menyusuri hari harinya,
tinggal apa lagi,
hanyalah jiwa kepedihan..
perjuangan yang tiada kemenangan,
yang akhirnya tetap berlaku,
tinggal apa lagi,
hanyalah jiwa kekosongan..
satu rasamu...
lyrics n song - ayoun adha
by - potretband
Kuketawakanmu, kerna kau sama..
Tak sempurna, smuanya xsmpurna..
Bersyukurlah dgn apa adanya..
Pegang dadamu,lontarkan semua..
Buka sayapmu, terbang ke angkasa..
Jika kau mahu,akan kau mampu..
Percaya..hanya percaya dirimu..
Jiwa yg semakin gelisah..
Hati yg sakit kini bermadah..
Berlari lah,buangkan risaumu smua diudara,pedulikan cemuhan pandangan mereka,
kau jadi dirimu..
Percayalah,bintang itu mampu kau mnggapainya,lautan dalam mampu kau ter0kanya,
kau jadi dirimu..
Lyris&s0ng- ayoun adha
by POTRETBAND
Sunday, April 10, 2011
Sunday, April 3, 2011
tak tau la knp..
kalau dulu mencurah curah je idea aku nak buat semua nie..
maybe mmg aku da hilang ilham kot nak bekarya..
kepala kosong jek..
hati pon kosong..
macam mane tu?
tapi niat aku still kuat nak bekarya..
maybe sbb BZ kot,kerja..
tu yang tak de masa nak buat semua nie..
chill kejap la..
tak payah nak paksa2,biar dia dtg sendiri..
macam yang selalu aku buat..
go with the flow..
maybe aku paksa2 kot ilham aku tu keluar..tu yang tak menjadi tu..
yup!! tu lah sebabnye kenapa aku hilang idea nak bekarya..
idea sentiasa ada sebenarnya..cuma tak boleh dipaksa..
biar dia dtg sendiri..
yang paling penting,
kena ikhlas!! niat kena betol..
baru karya yang dihasilkan tu indah..:))
mulakan dengan bismillah..
akhiri dengan alhamdulillah yee..:))
Wednesday, March 30, 2011
bila lihat je mereka mereka nie..
kita gelak..kita kutuk..kita hina..
kenapa ehh??
kenapa masyarakat kita tak terima kaum kaum macam mereka nie??
kerana apa ehh??
jawapannya..
sebab kita rasa kita sempurna,
itulah sebabnya..
kita ketawa,kita menghina,kita merendah rendahkan orang lain yang kita rasa
tidak selayak dan setaraf kita..dah jadi kebiasaan dah semua tu..
manusia semuanya sama,yang membezakan kita adalah tempat yang kita berdiri..
PONDAN..mereka menjadi diri sendiri..
mereka pon tak mahu dilahirkan macam tu..
mereka berani mengexprasikan apa yang mereka rasa..
mereka langsung tak peduli apa kata dunia..
mereka menjadi apa yang mereka mahu..
dan kenyataan yang kita semua boleh belajar dari mereka adalah,
jangan menjadi HIPOKRIT..
semua manusia tak sempurna..
jadi,hiduplah dengan jujur dan penuh dengan senyuman..
kita semua hidup dalam satu planet nie..
ade macam2 kaum,
apa kata kita terima je lagi satu kaum..
kita terima dan bimbing mereka ke jalan yang betul balik..
bukan dengan cara kita menghina mereka..
bukankah itu lagi elok?? :))
ayoun adha
Monday, March 28, 2011
dia masih tidak mengerti erti dunia..
masih mencari segala erti hakikat manusia..
seakan seseorang yg tidak berkaki,
cuba utk berlari sendiri..
semua tahu apa hendaknya..
semua tahu apa yg dibawanya..
semua tahu akan kitab pegangannya..
namun smua anggap ia sia2..
anggapan kpada dia,
hidup saja selagi mampu-
bernafas saja selagi hayatmu-
kau tahu apa?
anak ini bercherita..
cherita tentang hidupnya..
kau tahu apa?
anak ini masih bercherita..
agak kau mahu mendengarnya?
anak ini bercherita..
jika kau hanya membaca..
kau tahu isi dalamnya?..
selagi terdaya aku..
selagi kuat belikatku..
aku tetap mengejar citaku..
maaf..aku bukan seperti mereka..
apa salahnya mahu ku?
apa salahnya citaku?
dan andai aku mati,
tanpa berjaya berbakti,
maafkan aku sekali lagi..
aku manusia..
sehina-hina manusia..
hanya satu mahuku..
redhakan keadaanku..
biar anak ini terus bercherita..
ayoun adha
Monday, March 7, 2011
alhamdulilllah lah,dari dulu,sampai skrang,potret semakin maju..walaupon da xslalu practice,
tp band mates smua still ade smangat nak bekarya..yg aku nak citer nie,1st gig aku..
dengan potret..masa tu dekat bukit jalil,bandit komuniti punye event..cuak nye tak payah cter la..
panas terik pon aku rasa sejuk je citer dia..hahaha masa nie line up potret,3 org je..
aku,naim,ayen..aku vox gitar,ayen bass,naim drum..1st song kitorang bwk lagu dari nitrus - kamu..
ayen suke benor lagu nie..so kitorng bwk la..lagi pon chording senang..hehehe
korang tgk je la video nie..agak2 nak gelak,gelak je..
aku mmg blur habes time nie..layankan je..hehe