Friday, April 15, 2011

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki utk berjalan, dua tangan utk memegang, dua telinga utk mendengar dan dua mata utk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping je hati kat kita? cuba korang fikir.. Sebab Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.. Cinta tu perasaan yg mesti ada pada setiap diri manusia, ia seperti setitis embun yg turun dari langit,bersih dan suci. cuma yg berlainan menerimanya adalah tanah dekat mana tempat dia jatuh.. Jika jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah embun kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tak best. Tetapi jika jatuh dekat tanah yang subur,di sana akan tumbuhlah kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti dan semua perkara yang terpuji..bagi aku, cinta tak mengajar kita menjadi lemah,ia mengajar kita membangkitkan kekuatan.. Cinta juga tak mengajar kita menghinakan diri, ttp ia mengajar kita menghembuskan kegagahan.. Cinta nie jugak bukan sesuatu yg melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..itulah cinta bagi aku.. tapi,kenapa sekarang ramai yang salah mentafsirkan cinta ni eh? asal cinta je bagi dara.. apasal??? yg tu aku tak paham2 lagi.. HAHAHAHA tapi,ada satu quotes nie,aku setuju sangat.. dan aku harap,semua boleh ambik teladan kat quotes nie.. :)

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.



4 comments:

DiNaZ said...

Cinta kadang2 buat kita lupa leka...kita alpa dengan sekeliling dunia...dan yang pasti kita lupa ada pencipta cinta itu....

Dimanakah erti cinta dizaman yang serba maju ini?

Tepuk dada tanyalah selera....

cinta tak pernah berdusta...
cuma cinta itu adalah buta...
Siapa yang berdusta?
Apakag kita yang buta???

^__^

blog-tips-kurus said...

absolutely agree. love ourselves & family first.. :-)

Ayoun Adha said...

dinaz - jangan tanya selera..bahaya..tanya iman.. :)

BTK - thats right dude..n god also.. :)

Amira Zemiesya said...

superb ayoun :)
ttbe tringat sesuatu ttg cinta. hm, everyone msti ade kisah cinta tersendiri kn. and semua msti ade pahit yg sush nak ditelan, smetime bile kite dh hilang sesuatu tu bru la kite sedar. bnda tu la yg pling kite nak dlm hidup :'(

Post a Comment

 

Copyright 2010 Ayoun Adha.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.