Tuesday, April 19, 2011

"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat

dia adalah seorang sahabat yang sanggup menderhaka kepada raja kerana menuntut bela kematian sahabatnya..seseorang yang melantangkan suara menegakkan keadilan..yang mengamuk di istana mencari jawapan kematian tuah..jebat dituduh penderhaka, tetapi tidak bagi aku..bagi aku dialah sahabat sejati..hidup jebat!!



'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' Hang Jebat



Monday, April 18, 2011

hah.. ni namanya BMW.. dia ada 4 tayar,warna hitam!! kereta nie ade bumbung sebenarnya! tapi memandangkan sifatnya yang canggih,bumbung dia boleh bukak bukak!! yee!! boleh bukak2!! apasal?? apasal dia boleh bukak2???? sebab dia adalah BMW!!! yeee!! BMW!!! harga dia adalah 70 tahon gaji aku!!! yeee!! 70 tahon bai!! macam mane tu citer dia?? citer dia bai, kalau tak paham pon kena paham la..BMW nie sungguh unik kerana dapat memikat segala isi alam..dia dapat memecut sehingga 5000 kuasa kuda!!yang bagos tentang BMW nie adalah, sebab dia adalah BMW!! so citer dia skang, aku xde BMW!! hell yeah!!!

Saturday, April 16, 2011


seperti biasa,
dia termenung..

entah apa yang difikirkan,
dia menangis sendirian..

pilu sekali suaranya..
dia menadah tangannya,

berdoa dengan bersungguh..

sekilas pandang,
dia seperti wanita tua biasa..
yang hanya menunggu hari mati..
hanya mahu termenung mengenang cerita silam..

namun cerita silamnya bukan biasa,
cerita silamnya berdarah,
cerita yang dibawa mati,
cerita yang mengukir setiap parut di hati..

wanita itu dulu pejuang bangsa..
wanita itu dulu yang memegang senjata..
yang berlumuran darah,
demi tanah tercinta..

wanita itu dulu pejuang bangsa..
wanita itu dulu yang bekorban nyawa..

wanita itu dulu bukan wanita biasa..
wanita itu dulu peragut nyawa..

wanita itu dulu bukan biasa..
wanita itu lah yang menjadikan kita bangsa merdeka..

hari hari seperti berlalu pergi..
memadamkan cerita dan jasa yang terbakti..
tanah yang dijuangkan dulu semakin hilang,
oleh angkuh takbur anak bangsa kini..

bangsa yang dahulunya dijuang,
bangsa yang dahulunya dijulang,
kini semakin pupus ertinya..
yang tinggal hanyalah nama..

tiada lagi semangat yang jati..
"takkan melayu hilang didunia"
hanya tinggal janji..

dan seperti biasa,
wanita tua itu terusan termenung.....


Friday, April 15, 2011

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki utk berjalan, dua tangan utk memegang, dua telinga utk mendengar dan dua mata utk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping je hati kat kita? cuba korang fikir.. Sebab Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.. Cinta tu perasaan yg mesti ada pada setiap diri manusia, ia seperti setitis embun yg turun dari langit,bersih dan suci. cuma yg berlainan menerimanya adalah tanah dekat mana tempat dia jatuh.. Jika jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah embun kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tak best. Tetapi jika jatuh dekat tanah yang subur,di sana akan tumbuhlah kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti dan semua perkara yang terpuji..bagi aku, cinta tak mengajar kita menjadi lemah,ia mengajar kita membangkitkan kekuatan.. Cinta juga tak mengajar kita menghinakan diri, ttp ia mengajar kita menghembuskan kegagahan.. Cinta nie jugak bukan sesuatu yg melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..itulah cinta bagi aku.. tapi,kenapa sekarang ramai yang salah mentafsirkan cinta ni eh? asal cinta je bagi dara.. apasal??? yg tu aku tak paham2 lagi.. HAHAHAHA tapi,ada satu quotes nie,aku setuju sangat.. dan aku harap,semua boleh ambik teladan kat quotes nie.. :)

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.



Thursday, April 14, 2011

muzik bagiku ibarat angin..
ia tidak berbentuk..
membawa berjuta cerita..
dan diolahkan melaluinya..
muzik selalu menyentakku..
membuatku terfikir..
apa,bila dan mengapa..
bersuara lantas menyentuh jiwa...
muzik seringkali menolongku..
meluahkan perasaan..
menyampaikan keinginan..
ahh...!!!
kadangkala aku terfikir..
adakah aku penakut?..
selalu berselindung disebalik semua ini..
kenapa aku tidak lontarkan sahaja??..!!
hah..!!
itu bukan aku..
selagi masih ketat belikatku..
selagi biru mataku..
selagi awan berarak di atasku..
karyaku tidak akan berhenti..
kerna aku baTu..
muzik temanku..
dan ini adalah JALANKU..
biarlah mereka ketawa..
aku tidak hipokrit..
menempuh hidupku..
biar mereka tahu,
blues jiwaku rapsody's dan birues..







Wednesday, April 13, 2011

dilangit ku melihat,
awan berarak..
mengikuti rentak,
langkah ku yang tersentak..
melihat bidadari turun ke bumi,
membawaku,
mengapaiku..

pandangan mu yang berbisa,
jelingan mu yang menggoda,
presepsimu yang berbeza,
zahirnya kamu wanita..
menjulang kehendakmu..
mengobar,hati insanimu..

jangan-jangan kau mengajarnya,
soal dan erti dunia,
wanita oh wanita,
penuhlah dengan bijaksana,
jangan-jangan kau mengajarnya,
istilah dan erti cinta,
wanita oh wanita,
penuhkah dgn bijaksana?..

lyrics n song - ayoun adha
by - POTRETBAND

senang citer,lagu nie pasal golongan pondan..
aku ambil masa 2bulan jugak nak memahami n study apa dalam fikiran dorang nie..
dan sampai lah sekarang,aku still tak dapat nak faham apa yang diorang rasa..
lirik nie aku buat atas apa yang aku faham je..
nantilah,kalau ada rezeki,
aku perdengarkan lagu nie..
any info search kat facebook,POTRETBAND.. :)

terhanyut dibawa perasaan..
tersentak melihat kekosongan..
masih segar lagi diingatan,
jeritannya,kesakitannya..

langit menjadi gelap gelita..
hanya dapat mendengar suara..
laut terusan membisu..
kini tinggal..
satu rasamu..

masih adakah,indah untuknya?

terusan menangis meratapi,
menyusuri hari harinya,
tinggal apa lagi,
hanyalah jiwa kepedihan..
perjuangan yang tiada kemenangan,
yang akhirnya tetap berlaku,
tinggal apa lagi,
hanyalah jiwa kekosongan..
satu rasamu...

lyrics n song - ayoun adha
by - potretband
Ketawakan ku,kerna ku berbeza..
Kuketawakanmu, kerna kau sama..
Tak sempurna, smuanya xsmpurna..
Bersyukurlah dgn apa adanya..

Pegang dadamu,lontarkan semua..
Buka sayapmu, terbang ke angkasa..
Jika kau mahu,akan kau mampu..
Percaya..hanya percaya dirimu..

Jiwa yg semakin gelisah..
Hati yg sakit kini bermadah..

Berlari lah,buangkan risaumu smua diudara,pedulikan cemuhan pandangan mereka,
kau jadi dirimu..
Percayalah,bintang itu mampu kau mnggapainya,lautan dalam mampu kau ter0kanya,
kau jadi dirimu..



Lyris&s0ng- ayoun adha
by POTRETBAND

Sunday, April 10, 2011

Sunday, April 3, 2011

aku dah hilang idea nak buat lagu..
tak tau la knp..
kalau dulu mencurah curah je idea aku nak buat semua nie..
maybe mmg aku da hilang ilham kot nak bekarya..
kepala kosong jek..
hati pon kosong..
macam mane tu?
tapi niat aku still kuat nak bekarya..
maybe sbb BZ kot,kerja..
tu yang tak de masa nak buat semua nie..
chill kejap la..
tak payah nak paksa2,biar dia dtg sendiri..
macam yang selalu aku buat..
go with the flow..
maybe aku paksa2 kot ilham aku tu keluar..tu yang tak menjadi tu..
yup!! tu lah sebabnye kenapa aku hilang idea nak bekarya..
idea sentiasa ada sebenarnya..cuma tak boleh dipaksa..
biar dia dtg sendiri..
yang paling penting,
kena ikhlas!! niat kena betol..
baru karya yang dihasilkan tu indah..:))
mulakan dengan bismillah..
akhiri dengan alhamdulillah yee..:))
 

Copyright 2010 Ayoun Adha.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.